Kemasukkan ke RKK adalah melalui Perintah Mahkamah, Akta Kanak-kanak 2001:
- Seksyen 19(1), kemasukan sementara bagi tujuan siasatan Pegawai Pelindung.
- Seksyen 30(1)(d), Perintah Tetap yang meletakkan kanak-kanak di tempat selamat selama 3 tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak berusia 18 tahun, atau yang mana lebih pendek.
- Seksyen 30(1)(e), meletakkan kanak-kanak sehingga dipindahkan kepada keluarga pelihara.